Entri sebelum ini,kita bercerita mengenai pengenalan kepada sistem Affiliate. Entri kali ini kita akan melihat bagaimana sitem affiliate ini berlangsung dan bagaimana anda selaku Affiliate akan mendapat pendapatan sampingan di dalam pemasaran Affiliate ini..
Contoh Affiliate Online
Apabila Affiliate sudah mendaftar contohnya di syarikat Amazon, Affiliate akan mempromosikan produk Amazon di dalam website,blog atau minisite mereka.
Jika pelanggan klik iklan tersebut yang membawa kepada website Amazon seterusnya berlakunya transaksi,maka komisen akan diberikan kepada Affiliate tersebut!
Contoh Affiliate Offline
Affiliate Junction merupakan satu-satunya syarikat yang menawarkan sistem Affiliate secara offline iaitu di bawah program Mykad Smart Shopper.
Sistem Affiliate Offline melalui Mykad smart shopper sama seperti Affiliate Offline iaitu dengan menggunakan medium Mykad sebagai elemen utama bagi menghubungkan pelanggan dan kedai.
Ianya telah membawa kebaikan buat pelanggan,pekedai dan kepada Affiliate.
Mari kita kaji kebaikan program Mykad Smart Shopper.
Contoh melalui Situasi
Ali mempromosikan kedai makan Nasi Briyani kepada kawannya Aminah. Aminah teruja mendengar cerita Ali tentang kedai makan Nasi Briyani tersebut kerana diskaun yang ditawarkan. Aminah berasa sangat berpuas hati kerana dapat berbelanja sambil berjimat.
Manakala bagi Ali,Komisen akan diberikan kepad beliau kerana telah melaksanakan tugasnya sebagai Affiliate iaitu mempromosikan kedai,
Kedai Makan Nasi Briyani pula mendapat keuntungan kerana mendapat pelanggan baru dan berjaya mengekalkan pelanggan sedia ada dan berterusan kerana sistem Affiliate di bawah program mykad smarts shopper ini.Kos pengiklanan bagi Kedai Makan Nasi Briyani juga dapat dikurangkan melalui promosi yang dilakukan Affiliate.
Menarik bukan sistem ini?
No comments:
Post a Comment